Tuesday, August 23, 2011

Soto Ayam pertamaku




Hari ini teringin nak cuba buat soto ayam....bukan nak kata rajin, cuma disebabkan tadi ada beli perencah soto dari muar ( kawan belikan) jadi apa salahnya berbuka hari ni dengan soto ayam pulak kan..
Macam yang semua tahukan kalau makan soto kena makan dengan bergedil daging, jadi saya ambikla resepi ni dr dlm internet...rasa2nya mcm senang aje...apa salahnya kita cubakan... Kalau hangpa nak tau Gambaq 1 tu adalah perencah soto segera yang aku gunakan dalam soto ni...berbaloi jugakla senang tuang je dalam air didih, gambaq no 2 disebelah perencah tu adalah bergedil aku yang first time aku buat yang mmg menjadi sedaaaaaaap giler cukup semua rasa macam expert je....dan 2 lagi gambaq tu saja je nak buat gimik...hihihii .....Yahoo berjaya in the first mission...sooo apa lagi ..mai la kita kongsi resepi ni sama2:

Bahan-Bahan:
- satu bungkus daging hancur digoreng tanpa minyak sebentar
- 1 biji ubi kentang direbus dan lecek
- garam secukup rasa (1 sudu kecil)
- sedikit perasa makanan (kalu suka)
- 1 biji telur dikacau
- sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara-Cara:
- satukan ubi kentang yg dah dilecek bersama daging hancur
- gaulkan
- masukkan garam dan serbuk perasa (jgn terlebih nnt masin )
- masukkan daun ketumbar
- gaul rata
- ambil segenggam darinya then buat bentuk seperti kuih kasturi
- celupkan dalam telur tadi then goreng


Tuesday, August 16, 2011

Bosannya aku?????


Bila dah masuk minggu yang ketiga macam ini, datanglah kebingungan untuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa....hai..... dah tak tahu dah apa yang hendak dimasak untuk berbuka sekejap lagi. Dah habis resepi aku cari dalam internet ni, tp belum dapat buat keputusan nak masak apa......tolongggggggg apa aku nak masak ni.....huhuhuhuhu
Last2 terpaksa la jugak dibuat keputusan apa yang nak dibuat, bila dah check ice box apa yang ada sesuai untuk dibuat mee hailam je lah....jgn sampai ada yang komplen dah la.....asyik2 makan mee je....kejap2 mee goreng, then mee kuah, lepas tu mee kari dan ari ni pulak nak buat mee lagi...tp lain rasanya ye tak?
Anyway mee yang aku nak buat ni aku dptkan dr dapur kat blog nainee...terima kasih Nainee sbb sediakan resepi tu...boleh saya cuba...jangan marah ye....

Sunday, August 14, 2011

Relax la .......cikgu yati (2)




Apa erk yang nak dimasak hari ini.......hari ini macam relax la juga, sbb tu ada masa dok cari menu nak cuba. Disebabkan dalam icebox ada kueh teaw dan bahan2 basah yang diperlukan, rasanya nak buat kueh teaw je .......kueh teaw kungfu pulak....kut2 sedap mana tau kan!!!!!
Mai la kita cuba sama2...............antara bahan2 nya ialah,
Bahan - bahan

Bahan A (Kuah)

2 ulas bawang putih
4 gelas air
3 sudu tepung jagung
Isi ayam , udang, sotong (ikut suka)
Sayur (ikut suka)
Garam (Secukup rasa)


Bahan B ( Kuey teow celup telur )

1 paket kuey teow
3 biji telur (ikut kesesuaian)


Cara - cara

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan 4 gelas air. Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ayam, udang, sotong, sayur dan garam secukup rasa, biarkan sehingga masak.
4. Bancuh tepung jagung dengan air sedikit sahaja dan tuangkan ke dalam kuah tadi ,
tunggu hingga kuah menjadi pekat. Siap.
5. Gaulkan kuey teow bersama telur dan gorengkan pada minyak panas.
6. Sedia untuk dimakan.

Alhamdullilah percubaan pertama ku untuk membuat Kueh teaw kung fu telah pun berjaya dengan cemerlang dan sudah licin di makan oleh kami sebentar tadi ( semasa berbuka ). Maknanya resepi di atas mmg boleh diikut dan hasilnya mmg sedappppp, tp kena tambah cili padi campur kicap..baru la pedassss dan kawww... Nampaknya gado2 yang diminta oleh hubby ku tak laku,... hanya dia seorang saja yang makan, tp tak pe nanti masa sahur akan ku paksa mereka makan gado2 tu dengan nasi. Sememangnya kalau hati tenang dan relax macam2 menu kita leh cuba dan buat..ye tak?? Insyaallah kalau masa relax datang lagi akan ku cuba masakan baru dan benda baru....macam bina blog ni sikit-sikit lama2 dah terror...hahahaha....seperti kata pepatah tak kenal maka tak cinta?????

Saturday, August 13, 2011

Panduan dan pedoman untuk diri

7 SUNNAH PENTING

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Tuesday, August 9, 2011

Relax la ...........cg yati



















Perkara yang tak pernah dibuat sepanjang bulan Ramadhan tp untuk Ramadhan kali ini terpaksa dilakukan, yang specialnya sambutannya dibuat masa bersahur............ tengokla masing2 punya raup muka... ngantuk kan... hahahaha..... kejutan di pagi buta... hihihihi... Part yang paling best si kecik tu....siap dikejutkan dari tidur yang lena semata2 hendak buat sambutan hari jadi along dan izzul tp disbb kek ais krim dengan rela dia duduk dan makan...kesiannya!!!!! Tersenyum aku , abahnya dan abang2 serta kakaknya memandang telatahnya.
Memandangkan minggu ni aktiviti di sekolah adalah minggu ujian dan percubaan PMR berjalan, maka merasa la kami cikgu2 ni relax sikit.....begitu jugalah beberapa kes disiplin ditangguhkan kerana tak nak memberi gangguan kepada pelajar tersebut w/p begitu tindakan disiplin pada yang melanggar tetap diteruskan.....
Nak kata relax 100% tu tidak la juga...Ada beberapa aktiviti yang memerlukana kehadiran ku iaitu, pada hari khamis ada mesyuarat Ahli Exco baru pengawas , mesyuarat badan pengawas ( Jumaat) dan majlis berbuka puasa di asrama puteri ( malam sabtu ).



Macam biasa selepas mendapat sedikit kelapangan sekarang sedang berhempas pulas pulak menanda kertas jawapan pelajar2 ....rutin selepas ujian atau peperiksaan la tu.... tp alhamdullilah dah selesai cuma nanti benda yang sama selepas trial SPM pada 25 Ogos nanti.....nampaknya raya ni kena pulun menanda kertas Bio la pulak....memang membiolkan.....apa leh buat dah tugas dan tanggungjawab mencari rezeki terpaksala digaghi jugak....insyaallah doaku semoga semuanya akan beres dengan sebaiknya...aminnn...

Friday, August 5, 2011

Minggu yang sibuk!!!!!!!!!!

Sampai tak sempat nak update blog ni, bukannya malas tapi kesibukkan tak mengizinkan aku menumpukan perhatian kpd alam maya ini. Anyway...alhamdullilah dikesempatan yang ada ini akan aku cuba untuk mengisi ruangan ini sebagai catatan untuk diri sendiri.....Minggu ini disambung dengan kes disiplin berat yang masih tertangguh lagi....kes 'Jenayah Cyber" dikalangan pelajar yang terpaksa diuruskan by hook or by crook sebab ianya melibatkan pihak pengurusan sekolah.
Jadi menjadi sebagai pegawai soalsiasat sudah menjadi antara rutin hidupku sejak hampir dua tahun ini............eeeeeeeeeee........ memang memenatkan betul rupanya kerja yang melibatkan bukti2 sahih ye.... tp alhamdullillah sudah ada pengakuan dibuat, jadi selesai satu kes lagi cuma tunggu tindakan susulan pulak....... Terima kasih kepada Pn HEM, Pn. Lai, En Madhavan kerana sudi membantu........

Dalam kesibukan mencari bukti2 sahih ini la jugak, Pengetua memaklomkan akan mencerap proses P & P aku....apa lagi mengelabah jugak la sekejap....tp berbekalkan persediaan yang telah dirancang minggu sebelum itu, maka persetujuan telah dibuat maka pencerapan akan dijalankan pada hari itu jugak...." Dup Dap Dup Dap agak gabra jugakla tp sebaik saja P& P bermula hilang semua debaran dup dap dup dap tadi....alhamdullilah akhirnya proses pengajaran berjalan dengan lancar dan mendapat ucapan tahniah dpd pengetua di atas apa yang telah dilakukan dalam proses P & P itu tadi...YeSSSSSSS selesai sudah!!!!!!!MERDEKA...hihihihi....
Oppss, ada satu lagi den dah hantar soalan ujian bulanan untuk diriso....Yes....yes and yes...

Dalam minggu yang sama dua orang pelajar yang telah melakukan salahlaku berat sudah dihukum gantung persekolahan mereka .....dan alhamdullilah hukuman mereka sudah berakhir minggu ini dan minggu depan mereka akan memulakan balik proses P & P mereka.....diharapkan mereka akan insaf!!!!!!!!

Minggu permulaan puasa ini juga terdapat dua meeting yang aku terpaksa hadirkan diri iaitu pada hari Rabu dan Khamis....makkkkkkkk!!!! siapa leh tolong den dah tak larat dah ni.....

Pada hari Jumaat , sibuk pulak dgn satu majlis " Persaraan pengawas tingkatan lima dan exco lama serta perlantikan exco baru '.....tp alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar....terima kasih semua yang terlibat....yes one down, two more to go.., perlantikan pengawas baru dan majlis makan malam pengawas.....kena uruskan secepat mungkin niii.......bila mau abih ni???????

Bersyukur ke hadrat Illahi...walau begitu banyak dugaan dan cabaran dalam hidup ini.. Allah masih menganugerahkan kesihatan ditahap terbaik untuk meneruskan sisa2 hidup ini.....alhamdullilah .....minggu ini anak2 pulang untuk berbuka puasa bersama2....sekali lagi perlu buat menu yang special sikit......apa erkkkk!!!!! nanti aku fikirkan.......

Terakhir , tadi satu perjanjian telah dibuat dengan pihak KGGMB untuk medical card yang berharga RM 500K dan pampasan untuk kelima2 anakanda ku sayang.....kerana kita hanya berusaha yang menentukan hanyalah Dia Yang Maha Esa.....semoga semuanya selamat dan dipermudahkan ...aminnnnn......

Sunday, July 31, 2011

Sambutan Awal Ramadhan Al Mubarak



Alhamdullilah ianya datang lagi...Bulan yang terkandung banyak berakah dan bulan yang dinanti-nantikan Ramadhan Al- Mubarak. Diharapkan Ramadhan kali ini akan dapat disempurnakan dengan pengisian yang lebih baik berbanding tahun2 terdahulu....insyaallah...Ya Allah Ya Tuhanku kau kabulkan lah doaku ini...aminnn....

Hari Pertama puasa disambut dengan hati yang bahagia kerana kebetulan cuti ganti bagi sekolah...jadi rancangannya hendak menyediakan juadah yang special la sikit....tapi apa yang special tu erk???Rasanya menu yang ada dalam kepala buat masa ini adalah mee hoon sup tulang.....macamana ok tak?...

Puasa tahun ini juga tersemat sedikit kesedaran di hati ni di mana ingin rasanya aku mengurangkan pembaziran dari segi juadah berbuka dan imsak...iaitu sediakan satu atau dua menu je....kuatkan la imanku ya Allah... dari teringin membeli juadah2 yang berlebihan...