Rancangan untuk membuat lawatan ke Kuala-Lumpur bersama-kawan2 seperjuangan sebelum Bulan Ramadhan menjelma telah berjaya direalisasikan pada 29 Julai 2011 selepas waktu persekolahan. ( Persiapan rapi telah disediakan seperti wang yang agak2 mencukupi untuk berbelanja di sana nanti...dengan hati yg berbunga la kut...hihihi syok sendiri)
Seperti yang dijangkakan perjalanan kami mengambil masa agak lama sedikit kerana fenomena biasa di jalan raya KL iaitu 'jam'di sana dan sini. Kami sampai di KL sekitar jam 3.oo petang. Tumpuan semua adalah ke Pasaraya SOGO tetapi alangkah terkojutnya kami kerana begitu ramai pengunjung disebabkan adanya Jualan Murah. Dengan kata lain macam durian runtuh la kut...ttp apabila melangkah aje masuk ke dalam.....mak oi!!... mcm mana nak beli?...macam mana nak bayar? macam mana nak buang air...semuanya kena " q" tak sanggup rasanya nak berlama2 di dlm SOGO tu... lalu kami ( saya, Nita dan Pk Koko) telah meloloskan diri kami ke arah jalan TAR kemudian ke Semua House ......kononnya untuk memborong apa yang terimpi2kan sepanjang malam semalam.....mungkin ada yg tak tido kut...
Tetapi apa yang berlaku diluar perancangan kerana selepas kaki ku sakit kerana berjalan banyak...masih tiada barang yang berjaya menarik hati ku untuk membeli seperti apa yang sepatutmya aku rancang.....akhirnya masa pulang telah sampai maka kami dengan bangganya mengumumkan tidak membeli apa2 barang kecuali membeli 'brooch' saja.....sepanjang perjalanan balik hati merintih la sikit kerana rasa macam tak puas berjalan dan membeli belah( sbb tak berkesempatan nak habiskan duit...penat je dibawa.....anyway...seronok sebab bersama dengan kawan2 jalan-jalan buang masa....hahahahaha...Mungkin program sebegini dapat diadakan lagi tahun depan..siapa tahu....Tkasih kepada semua yang terlibat...nanti kita enjoy lagi..
No comments:
Post a Comment